KAEDAH ABJAD
1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf
yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu
A, B, C, …… hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara
mengikut turutan bermula dari A hingga
Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad
abjad kepada murid dan guru
menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut
untuk memperkenalkannya kepada murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad
tersebut dan meminta murid untuk
mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang
ditunjukkan dengan bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu
kad-kad abjad ditunjukkan.
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan
menulis abjad-abjad yang telah
diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di
papan hitam. Guru akan memilih murid
secara rawak dan meminta murid tersebut
mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa
yang disebut oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam
buku masing-masing. Guru akan
menyebut abjad manakala murid perlu mendengar
dengan teliti dan menulisnya dalam buku.
KAEDAH SUKU KATA
1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.
2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai
satu vokal atau bersama-sama dengan
konsonan.
3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata.
Suku kata yang berakhir dengan huruf
vokal dipanggil Suku Kata Terbuka.
4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana
diakhiri dengan huruf konsonan.
Beberapa jenis suku kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela),
V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas),
VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk,
entah), KV + KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV
(biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV
(panorama)
KAEDAH PANDANG SEBUT
1. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal
pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran
membaca.
2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan
menyusunnya supaya menjadi perkataan
yang bermakna.
3. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati
pelajaran dengan mudah dan berkesan.
4. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu:
(a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan
pengalaman melalui gambar; dan
(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih
murid untuk menyebut perkataan
yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard)
secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja
terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan
keupayaan murid untuk membaca.
KAEDAH FONIK
1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.
2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus
dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…..’, “u” dibunyikan
‘uuuu…….’.
3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku
kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’ dan sebagainya.
4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan
seperti ‘baba’, ‘batu’, ‘ibu’ dan sebagainya.
KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA
1. Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan, rangkai kata, ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran.
2. Gabungan ini dibuat secara sistematik.
3. Tiap-tiap pelajaran berikutnya, beransur-ansur
memperkembangkan kemahiran sebelumnya.
4. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja, murid-murid
sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah. Contohnya
murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita.
Rujukan
Azman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.