Tuesday 20 November 2012

KAEDAH PENGAJARAN BACAAN



KAEDAH ABJAD

1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf
    yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, …… hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga
    Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru
    menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk
    mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah
    diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid
    secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa
    yang disebut oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan
    menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

KAEDAH SUKU KATA

1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.
2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan
   konsonan.
3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf
   vokal dipanggil Suku Kata Terbuka.
4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan.
    Beberapa jenis suku kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas),
      VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)

KAEDAH PANDANG SEBUT

1. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal
    pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran membaca.
2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan
    yang bermakna.
3. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran dengan mudah dan berkesan.
4. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu:
(a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar; dan
(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan
   yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja
   terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan keupayaan murid untuk membaca.

KAEDAH FONIK

1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.
2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…..’, “u” dibunyikan ‘uuuu…….’.
3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’ dan sebagainya.
4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti ‘baba’, ‘batu’, ‘ibu’ dan sebagainya.

KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA

1. Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan, rangkai kata, ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran.
2. Gabungan ini dibuat secara sistematik.
3. Tiap-tiap pelajaran berikutnya, beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.
4. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja, murid-murid sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah. Contohnya murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita.

Rujukan

Azman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ciri-Ciri Disleksia



Mungkin ada diantara murid-murid atau pun anak –anak tuan/puan mempunyai ciri-ciri disleksia.Kanak-kanak disleksia ini boleh dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka.

Diperingkat pra sekolah
kanak-kanak tersebut mungkin :
- Lambat bertutur
- Mengalami kesukaran sebutan atau rima
- Sukar menulis nama sendiri
- Sukar mengenal bentuk atau warna
- Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan,
kanak-kanak Disleksia mungkin :
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis,
mengeja atau mengira
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor
(Bacaan terbalik) :
- Tidak dapat membezakan antara
-> “was” menjadi “saw”
-> ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolahciri-ciri murid disleksia

Saturday 10 November 2012

KEPUTUSAN SARINGAN LINUS 2012

Tahniah... Berikut adalah keputusan Saringan LINUS bagi tahun 2012.

1.Keputusan Saringan 3 Kohort 3 Tahun  1 ( 2012)

   Seramai 153 daripada 156 orang murid lulus Saringan 3


2.Keputusan Saringan 6 Kohort 2 Tahun  2  (2012)

   Seramai 151 daripada 151 orang murid lulus Saringan 6 ( 2012)


3.Keputusan Saringan 9 Kohort 1 Tahun 3 (2012)

   Seramai 139 daripada 139 orang murid lulus Saringan 9



Sunday 21 October 2012

LINUS LITERASI

KAEDAH MEMBENTUK HURUF MENGGUNAKAN JARI

Guru-guru dan murid-murid boleh menggunakan cara membentuk huruf kecil dan huruf besar dengan menggunakan jari .Teknik ini telah saya gunakan selama 3 tahun mengajar kelas LINUS Literasi.Ianya amat membantu kerana dapat menarik minat-murid-murid,memudahkan murid cepat faham bentuk huruf tersebut.Dalam beberapa minggu sahaja murid sudah dapat mengenal dan menulis abjad tersebut.

Cara-caranya :
1.Guru pandang huruf tersebut.
2.Cuba bina huruf menggunakan jari  menggunakan kreativiti guru.
3.Guru perlu mengaitkan huruf dengan bentuk yang pernah ditemui.
4.Perlu mengadakan soal -jawab dengan murid apakah bentuk yang hampir sama dengan huruf
   yang dibina.
5.Buat berulang kali sehingga murid menguasai dan dapat mengenal huruf dengan baik.
6.Selamat mencuba,dan saya akan cuba menunjukkan video atau gambar murid-murid membentuk 
   huruf tersebut pada masa akan datang.



KONSTRUK 1 HINGGA 12


KONSTRUK YANG TERDAPAT DALAM LITERASI

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
                      tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal
                      berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
                      bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan
                        akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan
                        rangsangan.



Friday 12 October 2012

Saringan bertulis LINUS

Salam sayang untuk anak-anak murid cikgu mama..
Saringan bertulis LINUS akan diadakan pada hari Isnin  15hb.Oktober 2012.Selamat menjalani ujian saringan 3 LINUS.


Monday 24 September 2012

Saringan 3 telah bermula

Mural Literasi.

SALAM LINUS

Selamat Menjalani Ujian Saringan Lisan LINUS

Mural Literasi



Kemahiran Linus Literasi


Senarai Kemahiran Program LINUS Tahun 1
1.0   Mengenal dan Menulis Huruf
1.1     Mengenal bentuk huruf kecil a – z
1.2     Menulis  huruf kecil a – z
1.3     Mengenal bentuk huruf besar A – Z
1.4     Menulis  huruf  besar A – Z
 2.0   Membaca Suku Kata
2.1     Membaca dan membunyikan suku kata terbuka KV
2.2     Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVK
2.3     Membaca dan membunyikan suku kata tertutup KVKK
2.4     Membaca dan membunyikan suku kata yang mengandungi  diftong
2.5     Membaca dan membunyikan suku kata tertutup yang mengandungi  digraf

3.0   Membina dan Menulis Suku Kata
3.1     Membina dan menulis suku kata terbuka KV
 3.2     Membina dan menulis  suku kata tertutup KVK
3.3     Membina dan menulis  suku kata tertutup KVKK
3.4     Membina dan menulis suku kata yang mengandungi  diftong
3.5     Membina dan menulis  suku kata tertutup yang mengandungi  digraf

4.0   Membaca Perkataan
4.1         Membaca perkataan mengandungi suku kata  KV+KV
4.2         Membaca perkataan mengandungi suku kata  V+KV
4.3         Membaca perkataan mengandungi suku kata KV+KV+KV
4.4         Membaca perkataan mengandungi suku kata  KVK+KV
4.5          Membaca perkataan mengandungi suku kata KVKK+KV
4.6          Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  KVK
4.7           Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  KV+KVK
4.8           Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  KVK+KVK
4.9           Membaca perkataan yang   mengandungi suku kata KVK+KVKK
4.10         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  KVKK
4.11          Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  V+KVK
4.12         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  V+KVKK
4.13          Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  KVKK+KVKK
4.14         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata VK+KVKK
4.15         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata  VK+KVK
4.16         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata KVKK+KVK
4.17         Membaca perkataan yang mengandungi suku kata   KV+KVKK
4.18         Membaca perkataan yang mengandungi diftong
4.19         Membaca perkataan yang mengandungi digraf
4.20         Membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding
4.21         Membaca perkataan yang mengandungi konsonan bergabung
4.22         Membaca perkataan yang mengandungi kata imbuhan

Saturday 22 September 2012

Salam LINUS

Perkembangan pembelajaran LINUS S.K.Nusantara memberi gambaran positif bahawa murid-murid LINUS boleh dibantu untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis.

HARAPAN

Semoga murid-murid dapat menguasai kemahiran LINUS sepenuhnya.Amin