Tuesday, 11 March 2014
Untuk Murid Tahun 1,2,3 Tahun 2014.
Assalamualaikum anak murid cikgu mama yang buka blog ini.Rajin-rajinlah membaca.Cikgu mama sayang kepada siapa yang rajin dan banyak membaca.
Sunday, 30 June 2013
Saringan 1 2.0 ( 2013)
Syukur alhamdulilah,selesai sudah saringan 1 2013.Pencapaian murid-tahun 1,2 dan 3 agak membanggakan.Mereka telah menunjukkan minat untuk terus menguasai kemahiran LINUS.Semoga kejayaan terus dikecapi dan selamat belajar murid-murid S.K.Nusantara.
Tuesday, 15 January 2013
LINUS
Apa Maksud LINUS
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.
DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
Tuesday, 20 November 2012
KAEDAH PENGAJARAN BACAAN
KAEDAH ABJAD
1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf
yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu
A, B, C, …… hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara
mengikut turutan bermula dari A hingga
Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad
abjad kepada murid dan guru
menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut
untuk memperkenalkannya kepada murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad
tersebut dan meminta murid untuk
mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang
ditunjukkan dengan bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu
kad-kad abjad ditunjukkan.
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan
menulis abjad-abjad yang telah
diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di
papan hitam. Guru akan memilih murid
secara rawak dan meminta murid tersebut
mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa
yang disebut oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam
buku masing-masing. Guru akan
menyebut abjad manakala murid perlu mendengar
dengan teliti dan menulisnya dalam buku.
KAEDAH SUKU KATA
1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.
2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai
satu vokal atau bersama-sama dengan
konsonan.
3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata.
Suku kata yang berakhir dengan huruf
vokal dipanggil Suku Kata Terbuka.
4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana
diakhiri dengan huruf konsonan.
Beberapa jenis suku kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela),
V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas),
VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk,
entah), KV + KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV
(biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV
(panorama)
KAEDAH PANDANG SEBUT
1. Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan di peringkat awal
pengajaran untuk memperkembangkan kemahiran
membaca.
2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan
menyusunnya supaya menjadi perkataan
yang bermakna.
3. Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati
pelajaran dengan mudah dan berkesan.
4. Kaedah ini memnetingkan dua perkara iaitu:
(a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan
pengalaman melalui gambar; dan
(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
5. Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih
murid untuk menyebut perkataan
yang dipaparkan oleh guru (secara flashcard)
secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja
terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan
keupayaan murid untuk membaca.
KAEDAH FONIK
1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.
2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus
dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : “a” dibunyikan ‘aaaa…..’, “u” dibunyikan
‘uuuu…….’.
3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku
kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’ dan sebagainya.
4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan
seperti ‘baba’, ‘batu’, ‘ibu’ dan sebagainya.
KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA
1. Kaedah ini menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan, rangkai kata, ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran.
2. Gabungan ini dibuat secara sistematik.
3. Tiap-tiap pelajaran berikutnya, beransur-ansur
memperkembangkan kemahiran sebelumnya.
4. Pada akhir tiga atau empat pelajaran saja, murid-murid
sudah boleh membaca beberapa perkataan dan rangkai kata yang mudah. Contohnya
murid boleh membaca sendiri buku-buku cerita.
Rujukan
Azman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ciri-Ciri Disleksia
Mungkin ada diantara murid-murid atau pun anak –anak tuan/puan
mempunyai ciri-ciri disleksia.Kanak-kanak disleksia ini boleh dikenalpasti
melalui pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka.
Diperingkat pra sekolah
kanak-kanak tersebut mungkin :
- Lambat bertutur
- Mengalami kesukaran sebutan atau rima
- Sukar menulis nama sendiri
- Sukar mengenal bentuk atau warna
- Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan,
kanak-kanak Disleksia mungkin :
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis,
mengeja atau mengira
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor
(Bacaan terbalik) :
- Tidak dapat membezakan antara
-> “was” menjadi “saw”
-> ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolahciri-ciri murid disleksia

Saturday, 10 November 2012
KEPUTUSAN SARINGAN LINUS 2012
Tahniah... Berikut adalah keputusan Saringan LINUS bagi tahun 2012.
1.Keputusan Saringan 3 Kohort 3 Tahun 1 ( 2012)
Seramai 153 daripada 156 orang murid lulus Saringan 3
2.Keputusan Saringan 6 Kohort 2 Tahun 2 (2012)
Seramai 151 daripada 151 orang murid lulus Saringan 6 ( 2012)
3.Keputusan Saringan 9 Kohort 1 Tahun 3 (2012)
Seramai 139 daripada 139 orang murid lulus Saringan 9

Sunday, 21 October 2012
LINUS LITERASI
KAEDAH MEMBENTUK HURUF MENGGUNAKAN JARI
Guru-guru dan murid-murid boleh menggunakan cara membentuk huruf kecil dan huruf besar dengan menggunakan jari .Teknik ini telah saya gunakan selama 3 tahun mengajar kelas LINUS Literasi.Ianya amat membantu kerana dapat menarik minat-murid-murid,memudahkan murid cepat faham bentuk huruf tersebut.Dalam beberapa minggu sahaja murid sudah dapat mengenal dan menulis abjad tersebut.
Cara-caranya :
1.Guru pandang huruf tersebut.
2.Cuba bina huruf menggunakan jari menggunakan kreativiti guru.
3.Guru perlu mengaitkan huruf dengan bentuk yang pernah ditemui.
4.Perlu mengadakan soal -jawab dengan murid apakah bentuk yang hampir sama dengan huruf
yang dibina.
5.Buat berulang kali sehingga murid menguasai dan dapat mengenal huruf dengan baik.
6.Selamat mencuba,dan saya akan cuba menunjukkan video atau gambar murid-murid membentuk
huruf tersebut pada masa akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)